Program Bersama Alumni 2026 Apakhabar Senior 3.0
Program perkongsian bersama alumni yang berjaya, telah diadakan pada 22 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Program ini menampilkan Asst. Prof. Dr. Rizal bin Mohd Nor, Ketua Centre of Excellence for Cyber Security (CoExCyS), International Islamic University Malaysia (IIUM) sebagai alumni jemputan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, Presiden Persatuan Alumni, Tuan Muhammad Hanafi bin Jalalludin serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni, Puan Zuridah Md Hassim.