TOWN HALL SIRI 1 : TAHUN 2026 MENJADI PERMULAAN VERSI BAHARU SYARIKAT

29 Januari 2026, Khamis – Satu sesi townhall atau jerayawara bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) dengan staf KPTM, UPTM dan kampus cawangan secara atas talian, di Dewan Mawar, Ibu Pejabat KPTM.
 
Pada sesi yang diadakan ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Radzuan bin Razali berkongsi amanat tahun baru 2026 yang merangkumi perkembangan, kejayaan syarikat serta perancangan yang telah dirangka bersama pengurusan KPTMSB.
 
Selain itu, Tuan Haji Radzuan bersama barisan pengurusan tertinggi yang terlibat turut membentangkan laporan perkembangan KPTMSB bagi tahun 2025.
 
Tidak dilupakan, pengurusan KPTMSB bersama kampus cawangan turut meraikan pra sambutan ulang tahun MARA ke-60 dengan memotong kek dan pulut kuning.
 
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Datuk Haji Mohd Haswandi bin Ahmad , Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia, Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Sheikh, Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, pengurusan tertinggi, pengurusan KPTMSB dan UPTM, warga kerja KPTM dan UPTM.
 
 
Scroll to Top