Majlis Fun Xpo Festival 2026
SEKITAR PERASMIAN FUN XPO FESTIVAL
Majlis Fun Xpo Festival 2026 telah disempurnakan dengan sesi perasmian oleh Pengarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, diikuti lawatan ke setiap booth pameran yang disediakan sepanjang festival berlangsung.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti, inovasi serta usaha para pelajar dalam menjayakan tiga komponen utama festival iaitu Seminar, Exhibition dan Games.
Setiap booth mempamerkan idea yang unik, interaktif dan penuh semangat kerjasama, selari dengan tema “One Festival. Three Worlds – United in One Immersive Experience”.
Hasil lawatan ini membuktikan bahawa program ini bukan sahaja platform pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning), malah berjaya membina kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengurusan acara dalam kalangan pelajar.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar serta urus setia atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini dengan cemerlang!