Lawatan Akademik Pelajar BAAF KPTM Bangi ke Dublin Business School, Ireland
Pelajar Program Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance (BAAF) in Collaboration with Dublin Business School, Ireland, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi berpeluang mengikuti lawatan akademik ke Dublin Business School (DBS), Ireland bagi menimba ilmu serta merasai sendiri pengalaman pembelajaran di peringkat antarabangsa.
Sepanjang lawatan, para pelajar didedahkan dengan suasana pembelajaran global, perkongsian akademik bersama pensyarah DBS serta pendedahan kepada budaya dan sistem pendidikan luar negara. Pengalaman ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan, malah meningkatkan keyakinan diri serta perspektif kerjaya masa hadapan.
Semoga peluang berharga ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh di persada dunia.