SESI TAKLIMAT LALUAN PENGAJIAN KE UPTM

12 Februari 2026, Khamis.
 
SESI TAKLIMAT LALUAN PENGAJIAN KE UPTM
 
Alhamdulillah, sesi taklimat laluan kemasukan ke Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah berjaya dilaksanakan melibatkan kira-kira 200 orang pelajar tahun akhir Diploma Sport Management dan Diploma Business Management Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.
 
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Business Administration serta Human Resource Management, di samping perkongsian maklumat mengenai kelebihan pindahan kredit dan laluan akademik yang tersedia.
 
Semoga sesi ini dapat membantu para pelajar membuat perancangan yang lebih jelas dan tepat dalam menentukan hala tuju pendidikan mereka.
 
Terima kasih kepada pihak UPTM dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
 
Scroll to Top