Majlis Iftar Ramadan Staf KPTM Bangi
Majlis Iftar Ramadan Staf KPTM Bangi
5 Mac 2026
Alhamdulillah, Majlis Iftar Ramadan Staf Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan ukhuwah walaupun dalam keadaan hujan lebat. Terima kasih kepada semua warga kerja yang tetap meluangkan masa untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan majlis ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad, dan diteruskan dengan agihan duit raya kepada anak-anak yang hadir. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas bertajuk Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazir Bin Mat Yunoh serta kuiz santai yang menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada lima pemenang kuiz yang berjaya menjawab soalan dengan baik.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga yang turut hadir, menjadikan majlis ini lebih bermakna dan meriah.
Semoga kebersamaan ini terus mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KPTM Bangi serta membawa keberkatan sepanjang bulan Ramadan.