Sesi Lawatan Kerja 1 Ketua Pegawai Eksekutif

Pada 6 Mac 2026 (Jumaat), telah berlangsung Sesi Lawatan Kerja 1 Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Tuan Haji Radzuan Bin Razali, yang bertujuan meninjau perkembangan semasa organisasi, memperkukuhkan hubungan antara pengurusan dan warga kerja serta berkongsi hala tuju strategik institusi.
 
Lawatan ini turut diserikan dengan acara penyerahan Maskot Rasmi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), yang melambangkan identiti, semangat serta aspirasi institusi dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan berintegriti.
 
Diharapkan melalui lawatan kerja ini, segala perancangan strategik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan warga KPTM ke arah kecemerlangan institusi.
 
 
Scroll to Top