program Lambaian Menara Gading 2026
7 Mac 2026, Sabtu.
Alhamdulillah, Program Lambaian Menara Gading 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Pihak Kolej Poly-Tech MARA Bangi (KPTM) Bangi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur Masjid Bandar Seri Putra atas jemputan dan kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran program ini.
Program ini merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam memberi pendedahan kepada para pelajar, khususnya lepasan SPM, mengenai halatuju pendidikan serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Perkongsian ilmu, pengalaman serta panduan yang diberikan oleh para panel telah membuka ruang kepada para peserta untuk lebih memahami potensi diri dan pilihan yang ada dalam merancang masa depan.
Semoga usaha dan kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membantu lebih ramai pelajar membuat pilihan pendidikan yang tepat serta membina masa depan yang lebih gemilang.
Sekali lagi, terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.