BENGKEL TEKNIK MENJAWAB FINAL EXAM TQM1063

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB FINAL EXAM TQM1063
(Introduction to Statistics and Data Analysis)
 
Seramai 175 orang pelajar telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab TQM1063 yang berlangsung pada 5 Mac 2026 (Khamis) di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
 
Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi dan teknik menjawab peperiksaan dengan lebih sistematik dan berkesan, sekali gus membantu pelajar membuat persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi peperiksaan akhir.
 
Sesi bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Siti Fatimah dan Puan Fatin Farhana, yang berkongsi pengalaman serta panduan penting bagi membantu pelajar memahami teknik menjawab soalan dengan lebih efektif.
 
Syabas kepada semua pelajar yang terlibat! Semoga ilmu dan teknik yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk mencapai kecemerlangan akademik.
 
✨ Stay focused, work hard, and never stop learning. ✨
 
 
Scroll to Top