KPTM Bangi Gempak di Thailand!
Tahniah diucapkan kepada pasukan Raptors (Lelaki) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi atas kemenangan besar menewaskan Prince of Songkla University (PSU) dengan jaringan 16-0 dalam kejohanan PSU Softball Cup 32nd yang berlangsung di Songkhla, Thailand.
Prestasi luar biasa ini membuktikan semangat juang, disiplin, dan kekuatan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.
Teruskan momentum kemenangan ini dan semoga kejayaan demi kejayaan menyusul selepas ini!