Hari Akademik 2026 KPTM Bangi
Alhamdulillah, Program Hari Akademik 2026 Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 (Sabtu).
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk berjumpa mentor serta berbincang mengenai perkembangan akademik serta prestasi anak-anak sepanjang pengajian. Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan kewangan dan tajaan daripada pegawai yang bertugas. Kehadiran dan kerjasama anda amat dihargai dalam membantu kecemerlangan serta kebajikan para pelajar.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan antara pihak KPTM Bangi, pelajar dan ibu bapa terus erat demi kecemerlangan bersama.
#MARA#MARACORP #nextlevelofexcellence #MARA60Tahun #MenjunjungAmanah #DestinasiIlmu #genMARA #AcademicExcellence #mara #KKDW #KPTM #60TahunMARA #KPTMBangi #WeAreGenMARA #amazingkptmbangi #KPTMOfficial #JomMasukKPTMBangi #KPTMMovingForward #MARACORP #towardsnextlevelofexcellence #AmazingKPTM #TeamKPTM #JomMasukKPTM