Lawatan sambil belajar pelajar SMK Dusun Nanding ke KPTM Bangi
Lawatan sambil belajar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah berlangsung pada 13 Mei 2026 melibatkan seramai 40 orang calon SPM. Program bermula seawal jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang dengan pelbagai pengisian bermanfaat bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran dan peluang pengajian di KPTM Bangi.
Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hasniah Binti Ismail yang turut berkongsi serba sedikit mengenai program-program yang ditawarkan di KPTM Bangi serta kelebihan melanjutkan pengajian di institusi ini.
Turut berlangsung sesi taklimat promosi yang disampaikan oleh Encik Zain Akmal daripada Seksyen Pengambilan Pelajar KPTM Bangi. Selain itu, para pelajar juga diberikan penerangan lanjut oleh wakil Jabatan Perakaunan, Puan Nurul Huda Binti Abdul Satar serta wakil Jabatan Sukan dan Rekreasi, Cik Farah Aimi Binti Mohd Kudzi mengenai bidang dan peluang kerjaya yang berkaitan.
Program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama para pelajar sebelum diakhiri dengan sesi campus tour di sekitar kampus KPTM Bangi bagi memberi pengalaman secara lebih dekat tentang kemudahan dan suasana pembelajaran di kampus.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Dusun Nanding atas kunjungan ke KPTM Bangi. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan selepas SPM.