Melangkah Jauh Bersama AICPA & CIMA!

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi komited membuka peluang global untuk warga kampus!
 
Hari ini, satu mesyuarat kerjasama strategik telah berlangsung bersama AICPA & CIMA bagi memacu kecemerlangan akademik dan profesional.
 
Dua (2) fokus utama kolaborasi ini :
  • Laluan Pantas Pelajar KPTM Bangi : Pelajar Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance in collaboration with DBS, Ireland, kini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat profesional dengan pengecualian modul terpilih.
  • Pembangunan Profesional Pensyarah : Ruang dan peluang keemasan untuk pensyarah KPTM Bangi meningkatkan kepakaran serta memperoleh pensijilan profesional bertaraf dunia.
Mesyuarat ini dihadiri dua (2) wakil dari CIMA SE Asia, Mrs. Ho Li Li, Head of Higher Education Partnership-SE Asia dan Encik Muhammad Izzin Bin Othman, Senior Specialist, Business Development.
 
Turut hadir mewakili KPTM Bangi, Timbalan Pengarah Akademik KPTM Bangi, Puan Hasniah, Dekan Fakulti Perakaunan KPTM, Puan Rasidawati, Ketua Jabatan Perakaunan KPTM Bangi, Cik Azrinarizan, Ketua Unit Koloberasi KPTM, Cik Siti Normarlina, Ketua Program DBS, Encik Mohamad Naim dan Koordinator Program DBS, Cik Norul Farida.
 
Sinergi ini bakal melahirkan graduan yang kompetitif, kalis masa depan, dan memenuhi kehendak industri global.
 
Scroll to Top