Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat KPTM Bangi
Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan diketuai oleh Kumpulan Fasilitator KPTM Bangi. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat belia dalam kalangan pelajar serta memupuk nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat patriotik selaras dengan tema Hari Belia Negara 2026 iaitu “Menggerak Belia”.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini serta kepada para pelajar yang memberikan komitmen dan penyertaan yang amat memberangsangkan. Semoga semangat belia yang progresif, aktif dan berdaya saing terus mekar dalam diri setiap warga KPTM Bangi.