PERTEMUAN BERSAMA PENGERUSI MARA YBHG. DATO' WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI.
Hari Isnin adalah hari kebesaran umat Islam. Jika diamati sejarah yang lalu antaranya adalah kelahiran besar junjungan Nabi Muhammad SAW.
Begitu juga pada hari ini adalah Isnin yang amat bermakna bagi AJK Pelaksana Diploma In Islamic Banking and Finance apabila dapat berkunjung ke pejabat rasmi Pengerusi MARA yang bertempat di Kuala Lumpur dan jutaan tahniah kepada Unit Pemasaran Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi atas inisiatif dalam mengatur pertemuan yang bermakna ini.
Perbincangan khas yang fokus pada kemenjadian pelajar Diploma in Islamic Banking and Finance khususnya menjadi wadah utama pada pertemuan pada hari ini. Legasi kunjungan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik KPTM Bangi, Puan Hasniah binti Ismail bersama tenaga pengajar yang sentiasa optimis terus dapat menaikkan semangat serta membuka idea yang segar untuk terus lebih berdaya saing dalam dunia yang kompetitif ini.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Dato’ Wira Dr Asyraf Wajdi kerana sudi menerima kunjungan daripada pihak kami. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan semangat yang membara untuk terus menerajui MARA.
Barakallahufik buat YBHG Dato’ Wira Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.