BENGKEL PENGUKUHAN MATEMATIK PERKUKUH ASAS PELAJAR PERAKAUNAN
BANGI, 17–18 Oktober 2026 — KPTM Bangi telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Matematik sebagai salah satu inisiatif untuk membantu pelajar perakaunan memperkukuh asas matematik serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pengajian di peringkat diploma.
Bengkel ini telah dikendalikan dengan bimbingan daripada Puan Nurulhuda dan Puan Siti Fatimah, yang berkongsi pengetahuan serta panduan berkaitan kemahiran asas matematik, khususnya sebagai persediaan bagi subjek Business Mathematics.
Melalui bengkel ini, para pelajar berpeluang meningkatkan kefahaman terhadap konsep asas matematik, di samping membina keyakinan untuk menyelesaikan soalan dan menghadapi cabaran akademik dengan lebih baik.
Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu pelajar membina asas yang lebih kukuh, sekali gus memudahkan mereka mengikuti pembelajaran dalam bidang perakaunan dengan lebih berkesan.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diberikan menjadi bekalan yang bermanfaat kepada semua pelajar serta menjadi langkah awal ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang.
Bina keyakinan, kukuhkan asas, cipta kejayaan!