KPTM BANGI DEKATI BAKAL PELAJAR @ SUBANG PARADE

SUBANG JAYA, 15 – 16 Ogos 2026 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menganjurkan KPTM Bangi @ Subang Parade, sebuah program promosi dan hebahan pendidikan yang berlangsung selama dua (2) hari, dari 15 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Lot D, East End Concourse, Lower Ground, Subang Parade, Subang, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Program ini menjadi salah satu platform KPTM Bangi untuk mendekati masyarakat, khususnya bakal pelajar dan ibu bapa, dengan menyediakan maklumat berkaitan program pengajian, peluang kemasukan serta laluan pendidikan yang ditawarkan di KPTM Bangi.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mengunjungi booth KPTM Bangi dan mendapatkan penerangan secara terus daripada wakil KPTM berkaitan program pengajian yang ditawarkan, syarat kemasukan serta peluang melanjutkan pengajian.

Penyertaan KPTM Bangi dalam program sebegini turut memberi peluang kepada bakal pelajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh bagi membantu mereka membuat pilihan pengajian yang bersesuaian dengan minat, kelayakan dan perancangan kerjaya masing-masing.

KPTM Bangi merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk singgah ke booth sepanjang dua hari program berlangsung. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat dihargai dalam usaha KPTM Bangi memperluaskan akses kepada maklumat serta peluang pendidikan kepada masyarakat.

KPTM Bangi – Membuka ruang, membina masa depan.

#JomMasukKPTMBangi #KPTMBangi #SubangParade #KPTM #PeluangPendidikan #MARA #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence
Scroll to Top