Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi 0326 & 0426
Untuk makluman semua pelajar program Diploma, Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi 0326 dan 0426 akan dilaksanakan bermula dari 15 Jun 2026 sehingga 29 Jun 2026.
Pelajar DIWAJIBKAN untuk
- Menjelaskan semua yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir.
- Mencetak Slip Menduduki Peperiksaan melalui sistem SPMP.
- Mencetak Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan Sesi 0326 dan 0426 (pautan semakan telah diemailkan oleh pihak Bahagian Kewangan KPTM Bangi. Rujuk email bertajuk ‘PERINGATAN TERAKHIR : TUNGGAKAN BAYARAN YURAN SESI MAC & APRIL 2026′)
- Membawa kad ID pelajar / Mykad pelajar.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam dewan peperiksaan sekiranya GAGAL membawa bersama dokumen tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk makluman di bawah:
- Pertanyaan berkaitan kewangan – rujuk pihak Bahagian Kewangan.
- Pertanyaan berkaitan peperiksaan – rujuk pihak Seksyen Perkhidmatan Akademik.
Terima kasih.