PERBINCANGAN KERJASAMA MPP KPTM BANGI & BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Satu sesi perbincangan kerjasama telah diadakan antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi menjayakan program Glow and Go Run 2026.
Pertemuan ini berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dan dihadiri oleh Encik Ashraful Shafiq, Segment Manager Bank Islam bersama pasukan beliau.
Program Glow and Go Run 2026 dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Anjung Floria, Putrajaya.
Semoga kerjasama ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak