Info Korporat
SEJARAH KPTM
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003. Kini Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional.
KPTM beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf Kolej Universiti iaitu Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
1983
Bermula pada Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.
PENUBUHAN RASMI KOLEJ POLY-TECH MARA
1987 - 2003
Pencapaian luar biasa ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.
Pencapaian luar biasa ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.
KERJASAMA BERSAMA INSTITUSI LUAR
Pada tahun 1993, satu usahasama telah dimeterai bersama Dublin Business School (DBS), Ireland untuk menjayakan Program Perakaunan Profesional (ACCA) yang kemudiannya disusuli dengan satu lagi usahasama bersama Coventry University, United Kingdom pada 2004 yang telah membawa kepada inisiatif untuk melahirkan siswazah yang bertaraf dunia. Kerjasama yang dijalin bersama Dublin Business School (DBS), Ireland pada Oktober 2014 untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan merupakan satu lagi langkah berani yang diambil oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk mengantarabangsakan struktur akademik programnya yang akan memberikan faedah kepada para pelajar dalam jangka masa panjang.
KPTM juga telah menjalinkan kolaborasi bersama universiti awam dan swasta tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (1994), Universiti Putra Malaysia (1995), Universiti Malaya (1995), Universiti Kebangsaan Malaysia (1996), Universiti Sains Malaysia (1996), Universiti Multimedia (1998), Universiti Utara Malaysia dan Pusat Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999).
PERGABUNGAN BERSAMA ACADEMY INFOTECH MARA (MARA)
2004
Kekuatan KPTM sedia ada dibina melalui rekod yang cemerlang dengan penggabungan 2 institusi terkemuka MARA iaitu Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) dan Akademi Infotech MARA (AIM). KPTM telah berkembang sejak penubuhannya sebagai antara institut pengajian tinggi swasta Bumiputera yang terbesar di Malaysia dengan seramai lebih 18,000 orang pelajar sepenuh masa di tujuh kampus; Kuala Lumpur, Bangi, Kota Bharu, Kuantan, Batu Pahat, Ipoh dan Alor Setar. Sehingga ke hari ini, KPTM telah menghasilkan seramai 62,000 orang graduat sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 2003.
KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA (KUPTM)
2015
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTM KL) telah dinaik taraf sebagai kolej universiti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 15 Oktober 2015. KPTM KL kini dikenali secara rasmi sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM). Komitmen kami terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan fleksibiliti untuk pendidikan diperlihatkan dalam kepelbagaian program yang ditawarkan melalui Pusat Pendidikan Berterusan (PPB). Sejak penubuhannya pada tahun 1995, PPB telah menawarkan program separuh masa dan pembelajaran jarak jauh dari sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang dan juga kursus jangka pendek yang dijalankan dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan antarabangsa serta institusi rakan kongsi