Program Promosi KPTM Bangi Sempena Pengumuman Keputusan SPM 2025

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti promosi sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada 31 Mac 2026.
 
Ribuan tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas usaha dan pencapaian yang diraih. Terima kasih juga kepada semua yang hadir memeriahkan sesi promosi serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang melanjutkan pengajian.
 
Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkongsian telah diberikan bagi membantu lepasan SPM membuat pilihan terbaik untuk masa depan mereka. Semoga segala usaha ini memberi manfaat dan menjadi langkah permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
 
Scroll to Top