Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) KPTM Bangi merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam menguruskan segala perkakasan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT rangkaian. Perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh JTM KPTM Bangi meliputi kesemua pengguna di KPTM Bangi.
Buat masa ini, pihak JTM dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan ICT, anda boleh merujuk terus ke pejabat JTM yang beroperasi di Lobi Akademik KPTM Bangi.