Bahagian Khidmat Pengurusan
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (STMK) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi merupakan seksyen yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan semua peralatan serta infrastruktur ICT termasuk rangkaian di KPTM Bangi. Perkhidmatan ICT yang disediakan merangkumi sokongan kepada semua warga kampus, termasuk pelajar dan staf.
Selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak STMK kini sedang giat menambah baik sistem dan proses sokongan teknikal. Sekiranya anda menghadapi sebarang isu berkaitan ICT, anda digalakkan untuk terus berurusan dengan pihak STMK di pejabat kami yang terletak di Lobi Antara Blok A dan B KPTM Bangi, atau hubungi kami melalui saluran rasmi yang telah disediakan.