Seminar Peningkatan Kemahiran Pedagogi Bahasa Inggeris
Seminar Peningkatan Kemahiran Pedagogi Bahasa Inggeris. 23 – 24 Mei 2026.
Seminar ini melibatkan dua (2) kohort pelajar iaitu kohort 1124 dan 0724 seramai 450 pelajar.
Seminar ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perancangan RPH, pembinaan BBM dan penggunaan AI dalam pendidikan Bahasa Inggeris.
Penceramah seminar ini adalah Guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang, Cik Soffeatul Raunaqiyah binti Mohamad Rahim yang mempunyai latar belakang yang sangat hebat dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris.
Perkongsian dari Miss Soffea sangat luar biasa dan memberi pendedahan yang luas kepada pelajar terutama dalam pembinaan BBM yang efektif.
Terima kasih Teacher Soffea!