PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA MADANI

18 JULAI 2026Program Kampus Sejahtera MADANI 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Julai 2026 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat serta panel penasihat klinik kesihatan.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan warga kampus, di samping membudayakan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi “Empowering Youth, Building Resilience”.
 
Sambutan program ini amat menggalakkan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar Diploma in Accounting (AA101) dan Diploma in Islamic Banking & Finance (AF101). Penglibatan aktif daripada para pelajar ini telah menyumbang kepada kelancaran serta kemeriahan sepanjang program berlangsung.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dari pengarah program Dr. Siti Nur Hani bin Rafan, diikuti dengan perasmian serta gimik pelancaran oleh Dr. Norsafinaz binti Mohamad.
 
Antara pengisian utama program Forum Kesihatan yang bertajuk “Burnout vs Hustle: Macam Mana Nak ‘Glow Up’ Tanpa Tumbang?” Forum ini menampilkan panel jemputan iaitu Dr. Maryem Sokhanda Fadakar (Pakar Perubatan Keluarga KK BTHO) dan Tuan Muhammad Hanafi Bin Jalaludin (Presiden Persatuan Alumni KPTM Bangi), dengan Dr. Hazlin Azzamiza Binti Zahar bertindak sebagai moderator.
 
Selain itu, turut diadakan ceramah kesihatan bertajuk “Vape & Rokok: Pilihan Hari Ini, Kesan Seumur Hidup” yang telah disampaikan oleh Dr. Azima Binti Ramlee, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit.
 
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Hizrian Hadi bin Baharudin, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM Bangi.
 
Program turut dimeriahkan dengan pameran kesihatan, saringan kesihatan fizikal dan mental, serta penglibatan pelbagai agensi seperti AADK, KPJ dan lain-lain. Aktiviti lain termasuk sesi soal jawab, penyampaian cenderahati kepada para jemputan serta cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada para peserta.
 
Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi mahasiswa yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan
 

Facebook Rasmi KPTM

#MARA #KPTM #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence #KPTMBangi
Scroll to Top