KPTM Bangi Sertai Malaysia Education Fair 2026 di Setia SPICE Convention Centre
PULAU PINANG, 15 – 16 Ogos 2026 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mengambil bahagian dalam Malaysia Education Fair 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang, dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.
Penyertaan ini memberi peluang kepada KPTM Bangi untuk mendekati bakal pelajar serta ibu bapa dengan menyediakan maklumat berkaitan peluang pendidikan dan program pengajian yang ditawarkan oleh KPTM.
Pengunjung berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung di Booth B15 mengenai program pengajian, syarat kemasukan, peluang kerjaya serta laluan pengajian yang tersedia di KPTM. Para pengunjung turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat bagi membantu mereka membuat pilihan pengajian yang bersesuaian dengan minat, kelayakan dan perancangan masa depan.
Penglibatan KPTM Bangi dalam Malaysia Education Fair 2026 mencerminkan komitmen institusi dalam memperluaskan capaian maklumat pendidikan kepada masyarakat serta membantu bakal pelajar membuat keputusan yang tepat dalam merancang perjalanan akademik dan kerjaya mereka.
KPTM Bangi merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang telah hadir dan mengunjungi Booth B15 sepanjang pameran ini berlangsung.
Bina masa depan anda bersama KPTM.