LARIAN MARA SIHAT : THE SWEET ESCAPE 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Larian MARA Sihat : The Sweet Escape 2026 pada 2 Ogos 2026 bertempat di Ibu Pejabat MARA dan laluan KL Car Free Morning.
 
Program ini turut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, seterusnya menyempurnakan flag-off bagi Larian MARA Sihat : The Sweet Escape 2026.
 
Warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi turut sama mengambil bahagian dalam kemeriahan program ini, bersama-sama warga MARA, subsidiari MARA dan pelajar MARA dalam menyemarakkan semangat gaya hidup sihat, kebersamaan dan patriotisme.
 
Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Tn. Haji Radzuan bin Razali memeriahkan lagi acara larian ini.
 
Bukan sekadar sebuah larian, tetapi satu langkah bersama ke arah kehidupan yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.
 
Tahniah dan syabas kepada semua peserta!
 
Terus berlari, terus sihat, terus bersama!
 
Scroll to Top