KPTM Bangi Komited Meneroka Peluang Kerjasama Di Peringkat Global

Selasa, 4 Ogos 2026 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menerima lawatan daripada delegasi Northern Consortium UK Limited (NCUK). Lawatan ini adalah untuk membincangkan hala tuju kerjasama strategik dalam bidang Transnational Education (TNE) bersama KPTMSB.
 
Dalam sesi lawatan ini, para delegasi turut dibawa melawat sekitar kampus KPTM Bangi bagi melihat kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk para pelajar.
 
Northern Consortium UK Limited diwakili oleh:-
  1. Stuart Smith, Chief Executive Officer (CEO) of NCUK
  2. Benjamin Bilverstone, International Student Recruitment and Conversion Director, NCUK
  3. Jessie Teo, Director, South-East Asia Office, University of Sheffield
  4. Nazlin Karim, Head of Programme Delivery, NCUK.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Tuan Haji Radzuan bin Razali, Pengarah Bahagian Akademik, Prof, Ts. Dr. Zahrah binti Yahya, Pengarah KPTM Bangi, Encik Mohd Ku Akhir bin Ku Saad, pengurusan akademik Ibu Pejabat dan pengurusan KPTM Bangi.
 
Lawatan dan perbincangan ini diharapkan dapat memacu objektif pengantarabangsaan KPTM Bangi khasnya bagi merealisasikan NLE30 KPTMSB.
 
Scroll to Top