SESI PERKONGSIAN PERATURAN & UNDANG-UNDANG BERSAMA PIHAK JAIS

Pada 6 Ogos 2026, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPTM Bangi telah menganjurkan Sesi Perkongsian Peraturan dan Undang-Undang bersama Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berlangsung di Dewan Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.
 
Sepanjang sesi ini, para pelajar telah diberikan pendedahan melalui ceramah berkaitan implikasi dari segi Undang-Undang terhadap kelakuan tidak bermoral, mengganggu ketenteraman awam dan perbuatan seumpamanya.
 
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai aspek perundangan, kesalahan-kesalahan jenayah, dan implikasi yang boleh dikenakan sekiranya terlibat dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.
 
Semoga perkongsian ini dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan demi menjaga nama baik diri, keluarga dan KPTM Bangi.
 
Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga KPTM Bangi.
 
#JomMasukKPTM #JomMasukKPTMBangi #KPTMBangi #KPTM #MARA #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence
Scroll to Top