KPTM BANGI PERKENAL PROGRAM BAAF DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PERAK, 18–19 September 2026 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menyertai Pameran Pendidikan dan Taklimat BAAF di Kolej Matrikulasi Perak sebagai usaha memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan.
Program selama dua hari itu memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali lebih dekat Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance (BAAF) 3+0 in Collaboration with Dublin Business School (DBS), Ireland yang ditawarkan di KPTM Bangi.
Sesi taklimat BAAF telah disampaikan oleh Cik Siti Normarlina Binti Haniff, yang berkongsi maklumat berkaitan program, struktur pengajian serta peluang yang boleh diterokai oleh pelajar selepas menamatkan pengajian di peringkat matrikulasi.
Turut serta ialah Puan Rahila Binti Abu Bakar sebagai pempamer sepanjang berlangsungnya Pameran Pendidikan. Melalui sesi pameran tersebut, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat dan berinteraksi secara langsung bagi memahami program BAAF serta laluan pengajian dalam bidang Accounting & Finance dengan lebih jelas.
Penyertaan KPTM Bangi dalam program ini merupakan salah satu usaha untuk membantu pelajar mendapatkan pendedahan awal mengenai pilihan pendidikan tinggi, sekaligus membolehkan mereka merancang hala tuju akademik dan kerjaya berdasarkan minat serta aspirasi masing-masing.
Kerjasama program BAAF dengan Dublin Business School, Ireland turut memberikan dimensi antarabangsa kepada pengalaman pembelajaran pelajar dan membuka ruang kepada mereka untuk membina pengetahuan serta kemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan.
KPTM Bangi berharap perkongsian sepanjang program ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Perak dalam menentukan langkah seterusnya selepas menamatkan pengajian di peringkat matrikulasi.
BAAF KPTM Bangi — Langkah Anda ke Masa Depan yang Lebih Global.