KPTM BANGI SANTUNI GOLONGAN HUFFAZ SEMPENA KONVOKESYEN PERMATA AL-QURAN NUSANTARA 2026

BANGI, 9–10 Oktober 2026 — Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi turut menyertai Majlis Konvokesyen Huffaz Permata Al-Quran Peringkat Nusantara Kali Ke-10 Tahun 2026 yang berlangsung di German-Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor.

Sempena majlis tersebut, Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, telah menerima jemputan daripada pihak GMI untuk menghadiri majlis berkenaan.

KPTM Bangi turut membuka reruai pameran bagi memperkenalkan program pengajian yang ditawarkan kepada pengunjung. Menerusi reruai tersebut, pihak kolej berkongsi maklumat mengenai insentif khas untuk pelajar huffaz yang berminat melanjutkan pengajian di KPTM Bangi.

Penyertaan ini merupakan antara usaha KPTM Bangi untuk memperluas peluang pendidikan tinggi kepada golongan huffaz serta memberikan pendedahan mengenai pilihan pengajian yang tersedia. Usaha ini juga menyokong pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berteraskan nilai al-Quran.

KPTM Bangi berharap agar inisiatif ini dapat mendorong lebih ramai huffaz untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengembangkan potensi diri serta membina masa depan yang cemerlang.

KPTM Bangi — Membina Potensi, Melakar Masa Depan.

Scroll to Top