BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR BUSINESS MATHEMATICS TBM1063

BANGI, 15 Oktober 2026 — KPTM Bangi telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan Akhir bagi kursus Business Mathematics (TBM1063) sebagai salah satu usaha membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih teratur dan berkesan menjelang Peperiksaan Akhir bagi sesi 0726(L).

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nurulhuda dan Puan Nazathul Syila, yang berkongsi panduan serta teknik menjawab soalan bagi membantu pelajar memahami kaedah penyelesaian dengan lebih baik.

Melalui bengkel ini, para pelajar berpeluang meningkatkan kefahaman terhadap kursus Business Mathematics, di samping membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan akhir.

Diharapkan perkongsian ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar serta membantu mereka membuat persediaan yang lebih mantap untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Usaha hari ini, kejayaan hari esok.

Scroll to Top