TAKLIMAT PROGRAM BAAF KPTM BANGI DI KPM BERANANG
BERANANG, 28 Oktober 2026 — Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi terus memperkukuh usaha promosi serta memperluas akses kepada peluang pendidikan tinggi menerusi sesi taklimat program Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance (BAAF) yang telah diadakan di Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang.
Sesi taklimat ini bertujuan memperkenalkan program BAAF yang ditawarkan di KPTM Bangi dengan kerjasama Dublin Business School (DBS), Ireland, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan di peringkat ijazah sarjana muda.
Melalui sesi ini, para pelajar turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan laluan pengajian, prospek kerjaya serta peluang yang tersedia menerusi program BAAF.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu para pelajar membuat perancangan pendidikan dan kerjaya yang lebih terarah, sekali gus membuka peluang untuk melahirkan graduan yang berdaya saing serta memenuhi keperluan industri.
BAAF KPTM Bangi — Your Gateway to Global Accounting and Finance Opportunities!