KPTM JUARA KESELURUHAN FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA 2026
KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 — Kontinjen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) mencatat kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Permainan Malaysia 2026 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, kesungguhan, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi seluruh kontinjen KPTM dalam mengharumkan nama institusi melalui penyertaan dalam pelbagai acara permainan tradisional warisan negara.
Pencapaian Kontinjen KPTM
| Acara | Pencapaian |
|---|---|
| Kelereng Lelaki | Juara |
| Kelereng Perempuan | Juara |
| Sepak Raga Ratus | Juara |
| Congkak Perempuan | Juara |
| Memanah Perempuan | Naib Juara |
| Memanah Lelaki | Juara |
| Terompah Gergasi Lelaki | Juara |
| Terompah Gergasi Perempuan | Juara |
| Galah Panjang Lelaki | Juara |
| Galah Panjang Perempuan | Juara |
| Raja Dijulang | Juara |
| Menyumpit Lelaki | Tempat Ketiga |
| Tuju Tin Perempuan | Juara |
| Khemah Terbaik | Tempat Ketiga |
| Busana Terbaik | Sepak Raga Ratus |
Pencapaian tersebut sekaligus membawa KPTM meraih gelaran Juara Keseluruhan, hasil dari prestasi konsisten para peserta dalam acara yang dipertandingkan.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengiring serta seluruh warga KPTM yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta memperkukuh semangat kesukanan dan kecintaan terhadap permainan tradisional negara.
KPTM terus unggul, KPTM Juara Keseluruhan!