DARI BANGI KE PERSADA DUNIA: PELAJAR KPTM BANGI WAKILI MALAYSIA KE AWMUN XVI 2026
BANGKOK, 6–9 November 2026 — Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Amnan Haikal bin Roslan, pelajar Diploma in Accounting (AA101), atas pemilihan sebagai Delegasi Malaysia ke Asia World Model United Nations (AWMUN) XVI 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Pemilihan ini merupakan satu pencapaian membanggakan serta mencerminkan potensi, keupayaan dan komitmen pelajar KPTM Bangi untuk tampil di pentas antarabangsa.
Penyertaan dalam AWMUN XVI 2026 turut memberikan peluang kepada beliau untuk menimba pengalaman baharu, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, serta memperluas jaringan bersama peserta dari pelbagai negara.
Penglibatan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar KPTM Bangi untuk terus mencabar diri, merebut peluang di peringkat antarabangsa dan mengembangkan potensi dalam pelbagai bidang.
Seluruh warga KPTM Bangi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Amnan Haikal bin Roslan atas pencapaian ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam perjalanan akademik dan pembangunan diri pada masa hadapan.
Terus melangkah, menginspirasi dan mengharumkan nama Malaysia serta KPTM Bangi di persada dunia.