WAKIL PELAJAR KPTM BANGI SERTAI KONVENSYEN PROSTAR 2.0 IPT 2026

BANGI, 3 November 2026 — Wakil pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menyertai Konvensyen PROSTAR 2.0 Institusi Pengajian Tinggi 2026 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Penyertaan KPTM Bangi melibatkan dua (2) kategori pertandingan, iaitu Pentas Idea PROSTAR 2.0, yang mengetengahkan pembentangan inisiatif institusi, serta Lensa PROSTAR 2.0, iaitu pertandingan video kreatif institusi.

Penglibatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan idea, kreativiti serta kemahiran komunikasi dalam suasana pertandingan yang kompetitif. Pada masa yang sama, penyertaan tersebut turut menjadi platform untuk membina keyakinan diri, memperluas pengalaman dan memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

KPTM Bangi merakamkan sokongan dan penghargaan kepada wakil pelajar yang membawa nama kolej ke pentas PROSTAR 2.0. Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga serta membuka ruang kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

KPTM Bangi Boleh!

Scroll to Top