KPTM BANGI CEMERLANG DI FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA 2026
KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 — Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi mencatat pencapaian membanggakan dalam Festival Permainan Malaysia (FPM) 2026 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Menerusi penyertaan dalam festival tersebut, KPTM Bangi berjaya meraih dua (2) pingat emas, satu (1) pingat perak, serta tempat ketiga (3) dalam Anugerah Khemah Terbaik.
Kejayaan ini mencerminkan semangat kesukanan, komitmen, kreativiti serta kerjasama erat yang ditunjukkan oleh para peserta, jurulatih, urus setia dan seluruh warga KPTM Bangi sepanjang festival berlangsung.
Lebih membanggakan, penyertaan KPTM Bangi turut menyumbang kepada kejayaan Kontinjen KPTM yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Permainan Malaysia 2026.
Festival ini bukan sahaja menjadi platform pertandingan, malah turut mengetengahkan nilai kebersamaan serta usaha memartabatkan permainan dan warisan budaya tempatan dalam kalangan para peserta.
KPTM Bangi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, jurulatih, urus setia serta seluruh warga KPTM Bangi yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
7 Suara, 1 Hati. Bersama Mengukir Sejarah!
KPTM Bangi terus unggul, terus gemilang!