
SYABAS & TAHNIAH DR. HASYATUN BINTI CHE NAN
SYABAS DAN TAHNIAH!
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan DR. HASYATUN BINTI CHE NAN menamatkan pengajian dan bergelar Doktor Falsafah (Matematik) dibawah bimbingan supervisor beliau, Prof Madya Dr Azmin Sham binti Rambely.
Beliau telah berjaya melengkapkan PhD beliau dengan thesis bertajuk :- “Pemodelan Biomekanik Dinamik bagi Subjek Normal semasa Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.”
Usaha, pengorbanan dan ketabahan sepanjang perjalanan ini akhirnya membuahkan hasil. Semoga ilmu dan kepakaran yang dimiliki akan terus memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.
Ini bukan penamat, tapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai.
Kami dari Warga KPTM Bangi mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian anda.