Malam Gala Persada Anjuran MARA
ππ£π§π BANGI π£ππ₯ππ¨ππ¨π JARINGAN ππ‘ππ¨π¦π§π₯π ππ π ππππ ππππ π£ππ₯π¦πππ π ππ₯π π²π¬ π§πππ¨π‘
Β
KUALA LUMPUR, 3 Mei 2026 β Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi terus memperluas jaringan strategik apabila telah dijemput untuk turut sama menghadiri program Malam Gala Persada anjuran MARA yang menghimpunkan lebih 60 rakan industri dari seluruh negara.
Β
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Pengarah MARA, Datoβ Zulfikri Osman serta Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Β
Kehadiran KPTM Bangi dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam menyokong agenda kolaborasi MARA bersama sektor industri, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar khususnya dalam aspek kebolehpasaran graduan dan pendedahan industri.
Β
Turut hadir mewakili KPTM ialah YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTM dan Tuan Haji Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, manakala KPTM Bangi diwakili oleh Pengarah, Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif strategik yang digerakkan oleh MARA dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan pembangunan negara.
Β
Dalam majlis tersebut, KPTM Bangi telah membawa bersama wakil rakan industri KPTM Bangi, iaitu, Institut Sukan Negara (ISN) dan juga Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).
Β
Ianya adalah sebagai usaha untuk memperluas keterlibatan industri dalam pembangunan pelajar dan program akademik yang lebih relevan dengan keperluan semasa
Β