Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX) 2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Puan Nor Affidah binti Yahaya, warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, atas kejayaan meraih Pingat Perak (Kategori Expert Innovator) dalam Malaysia Invention and Innovation Expo (MIIX) 2026 menerusi projek “CostSmart: AI-Driven Mobile Decision Support System for Costing and Margin Optimization among Micro and Small Enterprises”.
 
KPTM Bangi amat berbangga dengan pencapaian ini yang membuktikan komitmen, kepakaran dan dedikasi warga kerja dalam menyumbang kepada pembangunan penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi.
 
Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Dr. Hasyatun binti Che Nan dan juga Dr. Nurulafiza binti Ramli yang juga merupakan bekas pensyarah di KPTM Bangi, atas kejayaan yang dicapai dalam menghasilkan projek ini.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPTM Bangi untuk terus melakar kecemerlangan, meneroka idea-idea baharu dan memperkukuh budaya inovasi demi kemajuan institusi serta masyarakat.
 
Seluruh warga KPTM Bangi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar lebih banyak kejayaan akan terus diraih pada masa hadapan.
 
Scroll to Top