Lawatan dan Sesi Inspirasi Keusahawanan Bersama CEO Rempah Mak Siti
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mengadakan lawatan dan sesi ceramah bersama Ikon Usahawan KPTM Bangi, CEO Rempah Mak Siti, pada 3 Jun 2026 di Ladang Rempah Mak Siti, Pagoh, Muar, Johor.
Program ini disertai oleh wakil Hal Ehwal Pelajar, Alumni, Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Usahawan KPTM Bangi.
Semoga perkongsian pengalaman, cabaran dan kejayaan dalam dunia keusahawanan dapat memberi inspirasi serta membuka minda para pelajar untuk terus melangkah maju sebagai usahawan berjaya pada masa hadapan.