Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026

Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 melabuhkan tirainya di University of Technology Sarawak.
 
Program yang berlangsung dengan penuh meriah ini telah berjaya menghimpunkan para pelajar, ibu bapa serta institusi pendidikan tinggi dalam satu platform yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
 
Sepanjang dua hari penganjuran, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, syarat kemasukan, laluan kerjaya serta bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pelbagai institusi.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival JMU 2026 Zon Sarawak ini. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam membantu pelajar merancang masa depan pendidikan mereka.
 
Semoga usaha ini terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan tinggi.
 
Scroll to Top