Pertandingan International Invention, Innovation & Design Competition 2026
27 April 2026 – Pertandingan International Invention, Innovation and Design Competition 2026.
Tahniah diucapkan kepada Nurin Iman Nasuha binti Norezal, Nur Ahtiqah Syakila binti Hairuddin dan Encik Mohamad Khairy Izwan bin Mohamad Zamani di atas kejayaan meraih Gold Medal dalam International Invention, Innovation and Design Competition 2026 anjuran Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama UiTM Kelantan dan Digit360 Sdn Bhd.
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan pelajar dan pensyarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam bidang inovasi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.