KPTM BANGI RANGKUL GELARAN CHAMPION SUPER FIGHT DI HSN KEDAH MUAYTHAI FIGHT DAY 2026

SUNGAI PETANI, 10 Oktober 2026 — Atlet-atlet Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih lapan (8) pingat, terdiri daripada lima (5) emas dan tiga (3) perak, dalam kejohanan HSN Kedah Muaythai Fight Day 2026. Kejohanan sempena Hari Sukan Negara 2026 ini berlangsung di Taman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah.

Lebih membanggakan, KPTM Bangi turut meraih gelaran dan piala Champion Super Fight (Juara Terbanyak), sekaligus melengkapkan pencapaian cemerlang para atlet dalam kejohanan tersebut.

Senarai Pencapaian Atlet KPTM Bangi

Sebanyak lapan pingat telah disumbangkan oleh tujuh (7) atlet KPTM Bangi menerusi kategori berikut:

Nama atletKategori pertandinganPencapaian
Muhammad Farihin Izmie bin OsmanSemi Pro, 57–60 kg SeniorPingat Emas
Arieana Fatin binti AzaliSemi Pro, 48–51 kg SeniorPingat Perak
Muhammad Nasruddin bin Muhamad Baharin54–57 kg SeniorPingat Emas
Muhammad Nasruddin bin Muhamad BaharinSemi Pro, 57–60 kg SeniorPingat Perak
Faris Ismail Shah bin ShahrumSemi Pro, 63.5–67 kg SeniorPingat Emas
Muhammad Danish Alwan bin AbdullahSemi Pro, 57–60 kg SeniorPingat Perak
Shafiq Iman bin Khairil HilmeeSemi Pro, 48–51 kg SeniorPingat Emas
Durgkeenthiran A/L MuthuveluSemi Pro, 57–60 kg SeniorPingat Emas

Pencapaian ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi yang ditampilkan oleh para atlet sepanjang kejohanan. KPTM Bangi merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua atlet atas usaha serta kesungguhan mereka mengharumkan nama institusi.

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kecemerlangan dalam arena sukan Muay Thai pada peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua atlet KPTM Bangi. Terus berjuang, terus cemerlang!

Scroll to Top