KPTM BANGI TERIMA KUNJUNGAN PENILAI LUAR PROGRAM BE101

BANGI — Jabatan Bahasa, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menerima kunjungan Profesor Madya Dr. Madhubala Bava Harji selaku Penilai Luar (External Examiner) bagi program BE101.

Sesi pertemuan bersama para pensyarah memberi ruang untuk berkongsi pandangan, bertukar-tukar idea serta memperoleh input daripada penilai luar. Perkongsian ini diharapkan dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan menyokong perkembangan akademik program berkenaan.

Kunjungan ini merupakan antara langkah Jabatan Bahasa dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, memantapkan jaminan kualiti serta menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam pendidikan.

KPTM Bangi merakamkan penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Madhubala Bava Harji atas kesudian berkongsi pandangan dan kepakaran bersama para pensyarah. Semoga ilmu serta input yang diperoleh dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti program BE101 dan memberikan manfaat kepada para pelajar.

Scroll to Top