Lawatan Sambil Belajar ke SPRM Putrajaya

✨ Lawatan Sambil Belajar ke SPRM Putrajaya ✨

Pada 15 Jun 2026 yang lalu, Jabatan Matematik dan Sains Komputer (JMSK) telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. Program ini telah diselaraskan oleh Puan Fatin Farhana Binti Rosli selaku penyelaras program.

Lawatan ini melibatkan seramai 27 orang pelajar AB101 daripada seksyen AB2.01, AB2.02, AB2.03 dan AB2.04, serta diiringi oleh 15 orang pensyarah KIAR bagi sesi 0426 dan 0626.

Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang menambah pengetahuan mengenai peranan SPRM dalam membanteras rasuah serta kepentingan mengamalkan nilai integriti dan budaya antirasuah dalam kehidupan seharian serta alam pekerjaan.

Jutaan terima kasih kepada pihak SPRM atas perkongsian ilmu dan layanan yang diberikan. Penghargaan juga diberikan kepada Puan Fatin Farhana Binti Rosli atas usaha dan komitmen beliau dalam menyelaras serta menjayakan program ini.

📸 Kenangan hari ini, pengalaman untuk masa hadapan.
 
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #KPTMBangi #TowardsNextLevelOfExcellence #MerakyatkanMARA #UnifiedEntity #BuildingTheNation #MenjunjungAmanah #60TahunMARA
Scroll to Top