PROGRAM ASAS KO-KURIKULUM SEKOLAH RENDAH UNTUK PELAJAR BE101 Membina Guru Pelatih yang Holistik

 
PROGRAM ASAS KO-KURIKULUM SEKOLAH RENDAH UNTUK PELAJAR BE101

Membina Guru Pelatih yang Holistik

Pada 5 dan 6 Jun 2026, pelajar BE101 Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL) telah menyertai Program Asas Ko-Kurikulum Sekolah Rendah yang bertujuan memberikan pendedahan awal tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti sesi perkongsian ilmu oleh Puan Anita dari Sekolah Kebangsaan Jijan yang berkongsi pengalaman serta pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada kemahiran asas perkhemahan seperti ikatan tali dan pemasangan khemah melalui kolaborasi bersama Jabatan Sukan dan Rekreasi. Kemahiran ini amat penting kerana guru pelatih sering terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan perkhemahan semasa menjalani praktikum serta berkhidmat di sekolah kelak.

Program ini turut dimeriahkan dengan Malam Kebudayaan yang memberi ruang kepada para pelajar untuk menampilkan kreativiti, bakat dan semangat kerja berpasukan melalui pelbagai persembahan yang menarik. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan serta keyakinan diri dalam kalangan bakal pendidik.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam membentuk sahsiah, kemahiran insaniah dan kesiapsiagaan mereka sebagai guru pelatih yang holistik serta bersedia menghadapi alam praktikum
 
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #KPTMBangi #TowardsNextLevelOfExcellence #MerakyatkanMARA #UnifiedEntity #BuildingTheNation #MenjunjungAmanah #60TahunMARA
Scroll to Top