TAHNIAH ATLET KPTM ATAS KEJAYAAN DI SUKIPT7 2026

KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan atlet KPTM yang berjaya menyumbangkan pingat dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT7) 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di Universiti Malaya (UM).

Kontinjen KPTM berjaya menamatkan kejohanan dengan pencapaian membanggakan menerusi kutipan keseluruhan tujuh (7) pingat, terdiri daripada dua (2) pingat emas, empat (4) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa.

Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh para atlet sepanjang kejohanan. Setiap pingat yang diraih bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi atlet, malah turut menyumbang kepada kecemerlangan serta mengharumkan nama KPTM di pentas sukan institusi pendidikan tinggi.

Pencapaian ini turut didukung oleh komitmen para jurulatih, pegawai pengiring, dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan bimbingan, sokongan, serta persediaan kepada atlet sebelum dan sepanjang kejohanan berlangsung.

KPTM berharap kejayaan di SUKIPT7 2026 ini dapat menjadi pembakar semangat kepada para atlet untuk terus meningkatkan prestasi dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam kejohanan akan datang.

Syabas dan tahniah kepada seluruh atlet KPTM! Teruskan kecemerlangan dan semangat juang untuk mengharumkan nama KPTM di pentas sukan.

 
Scroll to Top