Bahagian Hal Ehwal Pelajar

UNIT KAUNSELING

Unit Kaunseling KPTM Bangi dikendalikan oleh empat (4) orang Kaunselor Berdaftar dan seorang kerani. Unit ini berperanan sebagai pusat sokongan profesional untuk membantu pelajar mengurus dan meningkatkan kesejahteraan dari aspek emosi, psikologi, akademik, kerjaya, sahsiah, dan perkembangan diri.

Pelbagai perkhidmatan dan program disediakan untuk membantu pelajar memahami diri, mengurus cabaran, membuat keputusan yang lebih berkesan serta membina kemahiran dan potensi diri. Pendekatan yang menyeluruh ini bertujuan menyokong perkembangan pelajar agar lebih yakin, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian serta kehidupan selepas tamat pengajian.

Scroll to Top