KPTM & DBS MEMPERKUKUH JARINGAN ANTARABANGSA, MEMACU PENDIDIKAN BERTARAF GLOBAL
KPTM terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa menerusi Addendum Virtual Signing and Launching of Cyberjaya Campus yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2026 di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.
Majlis ini menjadi satu lagi detik penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) dan Dublin Business School (DBS), Ireland, di samping pelancaran Kampus Cyberjaya.
Kerjasama KPTMSB dan DBS yang telah terjalin sejak 2013 kini memasuki fasa baharu dengan pengenalan pengambilan Januari 2027 bagi program Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance (BAAF) melalui konsep Mirror Programme.
Kampus Cyberjaya pula bakal menjadi hab baharu bagi penawaran program-program antarabangsa, selari dengan aspirasi KPTM dalam menyediakan peluang pendidikan yang relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan industri global.
Melangkah lebih jauh. Membina masa depan. Memacu kecemerlangan pendidikan.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga KPTM yang terus komited menjayakan agenda pendidikan bertaraf antarabangsa!
#KPTMSB #DublinBusinessSchool #DBS #CyberjayaCampus #MICPA #TowardsNextLevelOfExcellence #MerakyatkanMARA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #UnifiedEntity #BuildingTheNation #MenjunjungAmanah #60TahunMARA #ThinkGlobal #DreamBig #AchieveMore #StudyAbroad#InternationalEducation #JomMasukKPTM #MasaDepanBermulaDiSini #JomMasukKPTMBangi #KPTMBangi #KPTM #PeluangPendidikan #MARA #UPTM